Showing posts with label me myseLf. Show all posts
Showing posts with label me myseLf. Show all posts

Friday, October 8, 2010

annoying things # 1

menyampah dengan minah ni..sukati la ai nak buat apa pun.. u siapa nak order me do that or not to do..huh! please la, kita bukan closed friend..maybe dulu.. but u decide not being my friend anymore. i can accept that. so now, please dont act like u know me very well. 
its a history. i even cannot remember what u're now.. 

AND

i'm not aritist okeh! i'm not such a typo yang being involved dalam this artist world! haha..
so, pleassssse stop taking care on my private life! i dont need that.
seriously! 
i dont like people asking me a lot of question but when i asking u. i dont have the answer. wth. i hate that. and dont dream i will talk to you again! what the fishh??
i know u have complete life, im happy for u..
 me?? i'm happy too enjoying my life... pity me? u act like i'm desperate. NO.

im happy with my life now.
thanks for 'ur concern but i really dont need that.

thats all. thank you!

and stop asking why dont you like this, why dont you like that! or i will remove you as my friend!


p dot s: i memang artis, sebab tu ramai yang nak amik tahu pasal i! 
waaah pasan!


Monday, October 4, 2010

to do list

emm.. akhir tahun ni saya msti capai target yang saya nk..
okeh, my to do list this is

1. nak beli SWIFT kaler puteh.tapi macam TIDAK kowt, haha my mr.naga dah naik marah sampi tanak layan saya bercakap lagi..last-last dia cuma cakap " suka hati awak la"..haha ayat biasa kalau marahkan saya.. hoho.. yala kan mesti dia pikir, banyak lagi komitmen yang kami nak pikul kalau dah dirikan rumahtangga, eceh...skema gile ayat.. haha lambat lagi kowt... ngeeee

2. nak DSLR..abang selam, please la beli...saje-saje abang pergi singapore 2, belikan la buah tangan yang tidak seberapa ini utuk adik kesayangan mu ini..hehe bodek punya baik kalau nak mintak barang..haha!! 

3.  buat roadshow ke KeyEL and seluruh malaysia.haha artis nye!! nak bersuti dengan tenang dan tenteram bersama demm fren yang dah lama gila mendiamkan diri dengan life and work masing-masing.haha damn rindu dekat gelagat gila-gila korang...mesti pergi somewhere dengan korang sebab shop tidak berapa lama lagi akan menjadi hak milik orang..ouh please kawan-kawan, tolong lah spend time untuk kawan mu ini yang rindukan kamu...plezz, i'm begging uolls..

nota kaki: to be update soon..

Wednesday, December 2, 2009

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu.
Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. itu. Katanya
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
"Sebarkanl ah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."