Wednesday, January 26, 2011

apa yang lelaki mahu daripada perempuan??

soalan ni bukan aku yang tanya, tiba-tiba rakan serumah aku bergaduh dengan tunang dia. dia bakal melangsungkan perkahwinan Februari ni. hairan aku dengan dia ni, ok sebelum itu lebih baik aku perkenalkan rakan serumah aku dahulu. aku duduk menyewa di sebuah rumah flat yang mempunyai tiga buah bilik tidur. kedua-dua rakan serumah aku sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. 


    Yang seorang bernama Karmila Kamsan dan yang seorang lagi bernama Mariana Hamzah. Karmila merupakan sorang kerani di sebuah bank yang agak terkenal di Malaysia, walaupun hanya sebagai kerani tetapi gaya dan cara dia berbelanja tidaklah menunjukkan dia seorang kerani kerana aku selalu lihat dia akan membelanjakan wang gajinya untuk membeli barangan yang aku rasakan dia tidak mampu untuk beli, tidaklah keterlaluan aku katakan yang dia agak boros orangya.


     Seorang lagi rakan serumahku bernama Mariana, dia juga merupaka seorang kerani di sebuah firma guaman, Mariana sangat berbeza dengan Karmila kerana Mariana seorang yang agak jimat orangnya dan tidaklah keterlaluan aku katakan dia seorang yang sangat berkira, mungkin berkira tentang bajetnya sehingga keakhir bulan. 


    Seperti yang aku nyatakan tadi, kedua-dua rakan serumahku ini sudah mempunyai tunang dan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini. hubungan mereka dengan tunang masing-masing sangat berbeza kedua-duanya. Begitulah lumrah dunia, macam-macam ragam akan dapat kita lihat. Berbalik kepada soalan rakan serumahku tadi, apa yang lelaki mahu daripada perempuan?


ahh... aku pun tidak tahu, akan aku tanyakan soalan ini kepada rakanku nanti. aku pun dah kekeringan idea untuk menulis, esok aku sambung lagi.

No comments: