26 Januari 2011
12.31 PM (waktu Malaysia) waktu aku menulis
hurmmmm.. Agak lama aku tidak menulis sesuatu dalam blog ini..
kenapa gaya penulisan aku seperti gaya penulisan didalam buku teks?
owh, aku sebenarnya sengaja menulis demikian kerana ingin melatih diri menjadi editor mungkin?
berbalik kepada tujuan asal aku menulis hari ini adalah untuk menceritakan tentang perkara yang berlaku terhadap diri aku selama lebih kurang 2 minggu sebelum ini. S
Sebelum ini aku bekerja sebagai eksekutif pentadbiran disebuah syarikat yang dipunyai oleh warga Singapura berbangsa Cina. kerja-kerja aku meliputi tugas-tugas seperti membuat inbois, menghantar barang pesanan pelanggan dan menghantar laporan setiap hari kepada majikanku. Tugas ini tidaklah sukar bagi aku namun kehendak majikanku yang agak keterlaluan, aku pun tidak mengerti kenapa dia sangat kejam kepadaku. Menurut rakan sekerjaku, majikanku ini telah termakan kata-kata tidak elok tentang diriku daripada seorang lagi rakan sekerja yang lain. Mungkin dia dengki dengan diriku yang boleh dikatakan menjadi kesayangan majikanku.
Jadi selepas beberapa hari ditahun baru 2011 aku telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. keputusan ini aku lakukan selepas tidak dapat menahan diri daripada dimarahi setiap hari oleh majikanku, selepas aku memberitahu teman-teman rapatku tentang berita tersebut, mereka sangat kesal kerana syarikat tempat aku bekerja adalah sangat elok jika dibandingkan dengan tempat mereka bekerja. Selepas itu barulah aku merasa sedikit menyesal dan aku pun berfikir tiadalah gunanya aku menyesal setelah aku meletakkan jawatan tersebut.
Maka aku pun teruslah mencari pekerjaan baru untuk diriku kerana aku perlu membayar wang ansuran bulanan keretaku yang berjumlah RM561 itu. Penyesalan aku tiadalah gunanya kerana hampir 1 minggu aku mencari pekerjaan masih menemui jalan buntu, perkara ini tidaklah aku khabarkan kepada ahli keluargaku kerana bimbang mereka akan risau terhadap aku. selepas dua minggu mencari pekerjaan akhirnya aku mendapat pekerjaan yang diberi nama sebagai PERANCANG atau dalam bahasa Inggeris PLANNER.
Legalah hatiku setelah mendapat pekerjaan. sekarang aku hanya menunggu hari untuk melaporkan diri di syarikat berkenaan. semoga selepas ini ada cahaya menantiku selepas awan mendung ini berlalu. harapan aku semoga tahun 2011 ini menjanjikan yang lebih baik kepadaku.iNSYALLAH, amin....
No comments:
Post a Comment