Thursday, January 27, 2011

selamat hari khamis

hai blog,
4.43 am (waktu tulis blog)
tak boleh tidur pagi ini, pening fikirkan macam-macam perkara. Mana nak fikirkan pasal family, adik-adik aku, kawan-kawan, sekarang ni tambah serabut dengan masalah kerja. ok, aku ceritakan satu persatu masalah aku.

1) Family
ok, aku tak ada family lain selain daripada adik beradik aku, mak dengan ayah aku dah lama tak ada, lebih kurang 4 tahun. Aku bagitahu serba sedikit tentang keluarga aku. Kenapa aku buat macam ni, sebab nak ingatkan diri sendiri tentang perkara tersebut sebab ramai kawan-kawan aku ingat aku masih ada parents sebab cara aku bercerita macam mak dengan ayah masih ada kat kampung, macam masih sihat walafiat walaupun pada hakikatnya diorang dah tak ada almost 4 years. Ok, memang salah aku. Ayah aku meninggal masa aku tahun 1 di Universiti, masa tu aku ingat lagi, aku masih belum habiskan ujian penggal aku, ayah meninggal pada 6 Januari 2007, Hari Jumaat jam 2.30 pagi. Aku waktu tu berada di seberang laut, jadi terpaksa tunggu flight awal pagi untuk bertolak balik. Aku sempat tengok jenazah ayah aku sebelum dikebumikan sebelum waktu Zuhur. Ayah tersenyum je waktu tu, aku tak dapat bayangkan ramainya orang dekat rumah aku waktu itu. Mak pulak meninggal selepas sebulan ayah pergi, masa tu aku baru je seminggu di Universiti selepas segala urusan berkenaan ayah selesai, dengan berat hati kakak sulungku menyuruhku balik kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada emak. Memang benar jangkaan kakakku, emak menghembuskan nafas yang terakhir jam 11 malam pada 28 Februari 2007. Ayah dan emak tidak menghidap penyakit yang teruk sepanjang hidup mereka, cuma demam dan akhirnya meninggalkan kami semua. kini tinggallah kami adik beradik meneruskan hidup tanpa emak dan ayah. Selepas mak pergi kami tak lagi rasa sedih, yang kami rasa adalah susah hati. Apa hala tuju kami selepas ni? 

    Selepas kehilangan ayah dan emak dahulu aku pernah kehilangan arah untuk teruskan hidup tapi seorang teman rapatku pernah menasihatiku. aku masih ingat dengan kata-katanya sehingga sekarang. "ayah dengan emak dah bagi semua cukup untuk kamu adik beradik... kasih sayang, pelajaran, didikan, sekarang semua dah boleh berdikari, bagilah ayah dengan emak berehat" 
          
       Sekarang, selepas 4 tahun. Kami boleh dikatakan berjaya dengan apa yang telah ayah dan emak bekalkan. Pelajaran. Memang perkara asas yang selalu ayah tekankan. Adik dapat 8A dalam PMR, adik perempuan aku melanjutkan pelajaran di UiTM, adik lelaki aku baru je habis Diploma dari UiTM, aku dah dapat pekerjaan, abang dan kakakku berjaya dalam kerjaya masing-masing. aku bersyukur, mungkin ini hikmahnya. Allah takkan uji hambanya kalau hambanya tidak mampu untuk menerima ujian tu kan.. aku redha dengan segala dugaan dan ujian ini. Aku berharap langit akan cerah selepas mendung ini berarak pergi. berikan aku pelangi. Ini doaku untuk kami sekeluarga, amin...

2) kawan-kawan/ bff/ bf/ demm fren
tak tahulah nak kategorikan macam mana tapi aku rasa aku ni ramai betul kawan yang boleh dikatakan rapat. aku tak tahulah kenapa, tapi aku ni senang betul dapat kawan yang rapat walaupun cuma kenal dia tak sampai 2 bulan, aku bukannya tak ikhlas tapi kadang-kadang naik rimas dengan situasi ni sebab aku terpaksa dulukan kawan-kawan lebih dari family. itu yang selalu aku elakkan, family adalah prioriti nombor 1 aku. Kadang-kadang kawan-kawan aku ni suka memaksa daripada aku rela, sebab aku ni jenis yang susah nak tolak jika orang minta bantuan aku. Lepas ni aku nak belajar menolak dengan lebih lembut lagi. 

Kawan baik aku yang aku anggap baik adalah bernama Siti Zainora, aku panggil dia siti je. siti ni jenis yang lemah lembut orangnya, walaupun kadang-kadang aku rasa dia ni agak high pitch, lebih-lebih lagi bila dia dengan bf dia. aku ni bukanlah nak sebelahkan bf dia, tapi hai entahlah. kadang-kadang siti ni dengil, nampak je macam lemah lembut. berbalik kepada cerita aku tadi, siti ni banyak bantu aku masa aku study dulu, dia selalu bagi duit gaji dia semasa aku kehabisan wang, yelah masa baru-baru ayah dengan mak aku meninggal hidup kami agak susah sebab tak ada pendapatan yang masuk, semua keluar je. siti ni banyak bantu aku.

sebenarnya aku dah penat ni, dah hampir jam 5.30 pagi, esok aku sambung lagi la.. selamat tidur blog. nite

No comments: