Friday, January 28, 2011

betul ke?

hai blog!

entri yang mungkin agak pendek dan aku rasa macam semakin confuse ataupun keliru. tengahari tadi aku terima berita daripada salah seorang kawan aku, adalah kawan kami yang aku tak berapa rapat dan kenal, sampaikan nama dia pun aku tak tahu, aku baru tahu nama dia pun tadi masa kawan aku inform, dia kemalangan semalam mungkin bukan semalam, hari selasa agaknya sebab berita dia kemalangan masuk harian metro hari rabu, mungkin dia kemalangan hari selasa. logik akal aku, aku tak kenal budak ni, jadi kawan aku terpaksa recall balik ingatan aku yang kadang-kadang boleh menyimpan memori dalam tempoh masa yang agak pendek, ok aku akui aku memang agak lupa. tapi tadi kawan aku terus je gambarkan budak yang kemalangan tu sebagai budak yang "pelik" ya aku memang pelik bila dia cakap budak tu budak yang pelik, selama ni kalau kita gambarkan seseorang mestilah kita akan cakap dia tinggi atau rendah, gemuk atau kurus, berkulit cerah atau sebagainya. samalah macam kita kena jadi saksi, boleh akan bawak kita pergi kawad cam, penjenayah mempunyai tubuh yang tinggi, bla, bla, bla kn.. tapi bila kawan aku cuma cakap budak ni pelik, aku dah dapat bayangkan seorang budak ni. sebenarnya aku pun tak tahu yang budak ni lelaki ke perempuan tapi bila dia cuma terangkan yang budak ni sebagai pelik aku dh dapat seorang budak ni. ya memang sah budak tu, kesian dia. aku bukan kesian dia kemalangan tapi aku kesian jugak dekat dia sebab dia kemalangan, dia masih belum sedar lagi, semalam baru keluar dari wad ICU. apa punca dan bagaimana, bila, kenapa dan macam mana bole kemalangan aku pun tak tahu. tapi aku betul-betul kesian dengan dia, yelah orang boleh describe dia sebagai orang yang pelik, kesian tau lebih kesian daripada dia kemalangan. selama ni orang tak ambil peduli pun pasal dia, yelah kan, lelaki yang dalam kategori "pelik" rasa-rasa ada orang admire ke? macam tak ada kan, kecuali la perempuan yang admire dia tu pun dalam kategori yang sama iaitu "pelik" berbalik kepada kisah aku tadi, tiba-tiba sahaja ramai yang ucapkan takziah dan mendoakan keselamatan dia, dia terus menjadi popular daripada sebelum ni. memang pelik situasi ni kan. tapi inilah lumrah alam. aku pun tak popular walaupun aku bukanlah dalam kategori pelik, adakah aku perlu berdiri ditengah-tengah jalan untuk mendapat rating popular seperti budak pelik tadi?


p.s: semoga budak tu selamat. amin.... aku macam jeles dengan dia lah, tiba-tiba je facebook dia ramai yang tinggalkan comment.

No comments: