dear blog,
me again, the same day..opss maaf saya akan gunakan bahasa kebangsaan untuk entri-entri yang akan datang, seperti yang saya katakan dahulu, saya gunakan blog ini untuk melatih diri menulis bahasa Melayu dengan betul. semoga segala apa yang saya tulis ini betul bukan perasaan saya sahaja menganggap saya seorang betul.
Baiklah, berbalik kepada tujuan asal saya menulis entri ini adalah untuk menceritakan tentang kelakuan buruk saya untuk dijadikan ingatan pada saya sendiri pada masa akan datang. Nama saya Sharifah Anis Binti Mokhtar (ini bukan nama sebenar saya kerana saya tidak bersedia untuk digelakkan beramai-ramai apabila ada orang yang mengenali saya membaca blog ini. saya juga bukanlah tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berkongsi identiti sebenar, cuma yang saya boleh katakan disini, saya adalah seorang yang sangat pemalu, sekian terima kasih.) berbalik kepada nama saya iaitu Sharifah Anis Mokhtar, saya berusia 25 tahun, masih gadis, tinggi 158cm, berat 59kilo. saya masih cuba untuk menurunkan berat badan kepada 52kilo. semoga tahun 2011 ini saya akan mendapat berat badan 52 kilo. Jadi saya amat berharap orang disekeliling saya tidak memaksa saya makan.
Saya mempunyai seorang kawan lelaki yang agak rapat dengan saya, kami sudah berkenalan hampir 8 tahun dan berkawan rapat 6 tahun. Namanya adalah Ahmad Fakhrullah Bin Hussin (bukan nama sebenar untuk tujuan keselamatan) dia berasal dari Melaka berusia 25 tahun juga sama dengan umur saya.
sebenarnya saya sudah lupa apakah kelakuan buruk saya itu, nantilah saya sambung lagi selepas saya mandi dan makan serta solat zuhur.
sekian, selamat tinggal blog <3
Wednesday, January 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment