Friday, January 28, 2011

apa yang lelaki mahu daripada perempuan?? part ii

selamat pagi blog,
apa yang lelaki mahu daripada perempuan? em..tujuan aku tulis blog hari ini dan sambung soalan itu bukanlah sebab aku dah dapat jawapan kepada soalan tersebut tetapi aku semakin sangsi dengan diri sendiri, aku semakin tak mengenali diri sendiri selepas berkali-kali bertanya kepada diri sendiri.

apa yang kau mahu daripada lelaki??

semalam aku tanyakan soalan ini kepada rakan serumahku. apa yang perempuan mahu daripada lelaki?waktu tu rakan serumah aku ni karmila tengah tengok tv, aku pun menjoinkan diri aku sama-sama tengok tv, tapi aku x tahu apa yang sedang disiarkan pada waktu tu, rumah kami ni arial tv kat dalam rumah jadi tak berapa nak dapat siaran kat Malaysia, jadi kami cuma dapat tengok siaran Singapura dan beberapa siaran Indonesia. aku memang tak berapa suka sangat tengok cerita singapura sebab aku tak suka dengar dia cakap bahasa baku, macam sedang tengok cerita dolu-dolu pulak. berbalik kepada soalan aku tadi, aku pun tanyakan karmila apa yang perempuan mahu daripada lelaki. dia dengan muka serius jawab macam ni "kesetian, perhatian" pastu dia terus blah macam tu je tinggalkan aku sorang-sorang tengok tv. hah? tak terkata aku dengan tingkah laku dia, kenapa dia jawab macam tu dan terus tinggalkan aku? salah ke soalan aku tadi. aku pun terus bukak facebook dan online chat, aku pun merancang nak tanya soalan ni kepada kawan-kawan aku yang lain. sekarang baru aku faham, lelaki yang tak setia dan tak suka beri perhatian kepada perempuan bukanlah lelaki yang baik.

soalan aku ni aku tanyakan kepada kawan aku yang paling damn best masa aku study kat U dulu. damn kat sini menunjukkan sangat-sangat, damn best kan. kawan yang paling best masa kat U dulu, boleh buat apa sahaja bersama tanpa ragu-ragu dan perlu jaga hati dia, haha agak kejam kan ayat aku. ok, berbalik kepada soalan tersebut, kawan aku ni mula-mula tak nak jawab, dia cakap dia tak tahy, lepas tu aku cakap la, jawab jelah.lepas tu dengan selamba je dia jawab perempuan mahukan duit daripada lelaki. duit, ya memang duit sangat pentinh tapi duit boleh beri segala-galanya kepada perempuan ke? menurut kawan aku tu lagi, kalau lelaki banyak duit, lagi ramai perempuan suka kan dia, jadi perempuan suka duit atau suka lelaki. owh maksud kawan aku tu perempuan sukakan lelai yang berduit. ok, saya faham sekarang.

perempuan mahu
1- kesetian
2- perhatian
3- duit

sebenarnya ada dua orang kawan aku cakap item no 3, ya perempuan mahukan duit daripada lelaki. adakah perempuan yang mahukan duit ini jenis perempuan yang materilistik. mungkin, tapi aku tak nafikan memang ramai perempuan sekarang ramai yang material daripada ikhlas. sebenarnya apa maksud ikhlas? lain kali aku boleh tanyakan orang lain pulak apa maksud ikhlas. yelah kan duit memang penting, sekarang ni nak gerak semua kena pakai duit, nak masuk tandas sekarang pun kena bayar. memang patut lah perempuan lebih sukakan lelaki berduit daripada lelaki tidak berduit.

2 comments:

AtieAbid said...

duit mmg penting. tp kita sebagai pompuan pun kena ada kerjaya sendiri. kena ada duit sendiri. tu sebab kita study tinggi2. at least, tanpa duit lelaki pun kita masih mampu hidup sendiri kan...

tudung viral said...

sy setuju! muahahahha